SINGAPURA: Pasukan Malaysia gagal meraih sebarang gelaran dalam Terbuka Singapura 2023 selepas juara dunia beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan cabaran pada separuh akhir semalam.
Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod kemenangan 1-4 ke atas lawan mereka itu.
Perlawanan itu adalah pertemuan kelima mereka dan pasangan Malaysia hanya sekali berjaya mengatasi beregu China itu, iaitu semasa Masters Indonesia, Januari tahun ini.
"Kami kecewa tidak bermain dengan baik ketika mata penting.
"Kami perlu lebih fokus. Perlawanan hari ini bukan mudah jadi kami perlu pulihkan diri segera sebelum bermain pada kejohanan seterusnya (Terbuka Indonesia) minggu depan," Wooi Yik memberitahu Bernama selepas perlawanan.
Terdahulu, beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, menampilkan aksi mantap sebelum tunduk kepada beregu nombor tiga dunia dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 17-21, 22-24.
Kali terakhir Malaysia menjuarai kategori beregu lelaki pada kejohanan itu ialah pada 2008 menerusi Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari.
Beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai pula menjadi pemain negara terakhir meraih gelaran di Terbuka Singapura pada 2018 sebelum kejohanan itu tidak dianjurkan pada 2020 dan 2021 susulan pandemik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2023
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik (gambar) ketika bermain menentang Liang Wei Keng-Wang Chang dari China pada Terbuka Singapura, 10 Jun 2023. - Facebook BAM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir
Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod mereka.
Terbuka Singapura: Tang Jie-Ee Wei terkandas di separuh akhir
HASRAT pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk mara lebih jauh dalam Terbuka Singapura 2023 tidak kesampaian pada Sabtu.
Aaron-Wooi Yik sahkan slot suku akhir Terbuka Singapura 2023
Aaron-Wooi Yik mengambil masa 38 minit untuk mencatat kemenangan straight set 21-18, 21-17 ke atas Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana.
Terbuka Singapura: Zii Jia terus dikecewakan tersingkir awal
Lee Zii Jia terus dikecewakan apabila tersingkir awal pada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023.
Terbuka Singapura: Tze Yong, Soon Huat-Shevon mara ke pusingan kedua
Perseorangan badminton lelaki negara Ng Tze Yong melepasi pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023 hari ini, selepas mengetepikan cabaran pemain Ireland.
Terbuka Singapura 2023: Aaron-Wooi Yik bermula langkah kanan
Gandingan nombor satu negara itu menumbangkan He Ji Ting-Zhou Hao Dong 21-16, 21-17 dalam pertarungan selama 37 minit.
Pearly-Thinaah yakin prestasi baik di Terbuka Singapura
Thinaah berkata, mereka tidak lagi memikirkan tentang apa yang berlaku di Kejohanan Masters Malaysia minggu lepas.
Badminton: Soon Huat-Shevon Lai ke separuh akhir Terbuka Singapura
Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie mara ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Singapura 2022 hari ini.
Terbuka Singapura: Ng Tze Yong ketuai kemaraan negara, perjuangan beregu lelaki berakhir awal
Ng Tze Yong mengambil masa 33 minit untuk meneruskan cabaran dalam Kejohanan Badminton Terbuka Singapura.
Lee Zii Jia sahkan penyertaan dalam Terbuka Singapura 2022 - SBA
Jaguh badminton perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia akan beraksi dalam kejohanan Terbuka Singapura 2022 yang dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 17 Julai ini di negara seberang tambak itu.